News - Melayu Kedah

Pariwisata Sumut berharap informasi yang di berikan dapat bermanfaat.



Melayu Kedah

.




Suku Melayu Kedah merupakan antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.

___Sejarah___ 
Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah.

Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.

___Lembah Kedah___
Majoritas daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Provinsi Satun di Thailand serta 3 negara bagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.

___Nama etnis___
Pada hari ini, kebanyakkan suku Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaya. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Pelet Utara atau logat utara.

___Dialek___
Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisir (Standar), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.

___Bahasa Melayu Kedah --- Bahasa Melayu Standar____
Hang --- Kamu
Cek --- Saya
Depa --- Mereka
Hangpa --- Kalian
Sepa --- Kami
Pi --- Pergi
Mai --- Datang, Mari
Awat, Pasepa --- Mengapa
La --- Sekarang
Sat --- Sebentar, Sekejap
Mengkala --- Bila, Apabila
Ketegaq --- Degil
Jom --- Ayuh, Mari
Kot --- Mungkin, Barangkali
GeRek --- Basikal

___Adat dan budaya___
Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Suku Melayu Semenanjung Malaysia. Perbedaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeda dengan Bahasa Melayu standar. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:

Seni Tari - Tarian Mek Mulung, Tarian Inai (Kedah Darul Aman), Tarian Canggung (Perlis Indera Kayangan), Tarian Boria (Pulau Pinang Pulau Mutiara),
Pakaian - Baju Kurung Kedah,
Seni Muzik - Ghazal Kedah,
Seni Teater - Wayang Kulit Gedek,
Senibina - Rumah Kedah, 
Rumah Perlis, 
Rumah Pulau Pinang,
Lagenda - Mahsuri,
Seni mempertahankan diri - Silat Cekak,

___Tokoh-tokoh Melayu Kedah___
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Sultan yang memerintah Negeri Kedah semenjak 1958.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia Pertama, Bapa Kemerdekaan Malaysia, Keluarga diraja Kedah
Tun Dr Mahathir bin Mohamad - Pertana Menteri Malaysia Keempat
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia Kelima
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Bekas Naib Perdana Menteri Malaysia, Ketua koalisi oposisi terbesar Malaysia - Pakatan Rakyat.

Cooming Soon


 

Admin Parsum

Pariwisata sumut adalah, situs website destinasi wisata yang terlengkap dan ter update di sumatera utara. Hampir setiap dua minggu sekali kami melakukan penjelajahan untuk menemukan destinasi wisata yang baru dan kami berniat untuk mempublikasikan destinasi wisata tersebut sehingga diharapkan perkembangan dan pendapatan masyarakat sekitar dapat bertambah.

Leave a comment